Skip to main content

Nafkah vs Duit Belanja Rumah

 Nafkah isteri vs duit belanja rumah.

Sekadar perkongsian bersama

Dua perkara yang berbeza ya. Suami & isteri kena faham. Suami wajib tahu tanggung jawab, isteri wajib tahu hak.


Duit nafkah, yang tu untuk kegunaan isteri. Beli barang untuk diri dia saja. Ikutlah nak beli apa yang isteri suka, atau nak simpan. Itu hak isteri. Ramai juga isteri yang guna duit nafkah untuk beli barang anak-anak, barang dapur, itu tak mengapa sebab atas kerelaan isteri. Isteri yang pilih. Bukan dipaksa suami.


Berapa banyak duit nafkah perlu suami bagi setiap bulan? Bergantung kepada kemampuan. Kalau mampu beli gadjet, jangan pula claim langsung takde duit untuk bagi nafkah isteri. Merokok sehari sekotak, tak malu ke nak kata tak mampu bagi nafkah kat isteri? Mampu bagi RM20 sahaja, bagilah. Mampu bagi banyak, bagi.



Isteri ada duit sendiri. Sama ada bekerja atau buat bisnes. Duit isteri banyak, boleh beli itu ini. Duit isteri banyak, lagi banyak daripada gaji suami. Tetaplah wajib ke atas seorang suami untuk beri nafkah kepada isterinya. Isteri ada duit sendiri bukan alasan untuk suami ya.


Tak boleh sama sekali suami bagi duit untuk kegunaan beli barang rumah, dan anggap itu adalah duit nafkah. Nafkah adalah nafkah, duit belanja rumah kena bagi asing.


Umi percaya, ramai yang masih belum faham beza nafkah dan duit belanja rumah. Semoga bermanfaat.


Kredit: Viral Johor

Comments

Popular posts from this blog

Lagi petua untuk mudah hamil

assalamualaikum sahabat semua..selamat berpagi2... alhamdulillah semuanya berjalan lancar hari ni..untuk entry pagi ni mamafiyya terbaca satu artikel yang bg guide untuk mereka yang sudah lame menginginkan zuriat..mamafiyya terpanggil untuk kongsikan artikel ni bersama kerana ramai customer yang kol dan email bertanyakan petua serta cara untuk membantu mudah hamil....bukanlah kuasa mamafiyya mengatakan bahawa petua ni 100% boleh menjadi namun kita sebagai hambanya harus mencari rahsia yang tersirat di sebalik kehidupan di bumi yang fana ni..Janji Allah itu pasti disamping itu kita patut kenalpasti dahulu usaha serta ikhtiar kita untuk mencapai janjiNya yg juga pasti! Begini petuanya : Ambil segenggam kacang hijau. Rendam kacang hijau itu selama 2 hari (sampai tumbuh ekor anak tauge kira-kira panjang ekor itu menjadi 2 kali panjangnye kepala tauge). Air rendaman tu hendaklah sama aras dengan kacang hijau (bagi kacang tu tenggelam dalam air). Tutup bekas tu (kalau na...

VITAMIN UNTUK KULIT, HARGA MAMPU MILIK

Salam 17 Ramadhan sahabat-sahabat semua. Alhmdulillah umi baru selesai urusan majlis Nuzul Al Quran peringkat Negeri Pulau Pinang yg dihadiri oleh YDPA Tuanku n Tuanku Permaisuri... Alhamdulillah pejam celik Ramadhan kini mula perlahan-lahan melangkahkan kaki menjauh. Moga saki baki bulan rahmah dan maghfirah ini dapat dilipatgandakan amalan dan ganjaran buat kita. Jika bulan-bulan lain kita mampu untuk bangun malam untuk qiamullail, apatah lagi di bulan ini, qiyam Ramadhan sepenuhnya tanda kita adalah hamba yang patuh. Insyaallah kita boleh! Pray for Al Aqsa jugak ye shbt2.. Untuk entry kali ni umi nak kongsi dengan semua tentang vitamin yang boleh dikatakan ramai orang cari. Pastinya vitamin untuk kulit lah. Semua orang nak kulit gebu, cantik bebas jerawat dan paling penting kulit yang sihat. Tambahan pula bersempena dengan Syawal yang bakal tiba tak lama lagi pastinya ramai dah tercari-cari vitamin yang sesuai untuk kulit dan umumnya untuk kesihatan. Banyak je produk- produk yang be...

BERPUASA TAPI TIDAK BERSAHUR???

Tahukah kawan-kawan tarikh harini dah masuk 14 Syaaban, bermakna  beberapa hari sahaja lagi kita akan bertemu dengan bulan Ramadhan Al Mubarak. MasyaAllah cepatnya masa berlalu. Masih terasa lagi nikmat semangat bertarawih di masjid after PKP. Perasaan bercampur baur waktu tu. Ye lah 2 tahun kita hidup terasing di bumi sendiri dek kerana wabak penyakit merbahaya.   Alhamdulillah kini kita sudah dpt menghitung detik kembalinya Ramadhan untuk kita imarahkan bersama. ok sempena Ramadhan yang bakal tiba, umi sangat teruja untuk sharing dengan semua tentang BER SAHUR . Boleh ke kita berpuasa tapi tidak bersahur?  Nabi S.A.W bersabda:                                           فَصْلُ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ، أَكْلَةُ السَّحَرِ                               ...