Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2013

Sendi Terasa Sakit??

assalamualaikum buat semua..kali ni mamafiyya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai sakit sendi..google punya google akhirnya dapat juga satu artikel pasal radang sendi ni dalam berita harian..jom kita baca.. Derita radang sendi (Berita Harian , 3/1/13) OA penyakit orang berusia, tetapi bukan alasan hentikan aktiviti lasak Osteoarthritis (OA) atau keradangan sendi sering dianggap penyakit orang tua. Peningkatan aduan penghidap sakit sendi juga semakin ketara sejajar pertambahan usia individu. Hakikatnya, golongan berkenaan perlu sentiasa bersedia berhadapan dengan risiko penyakit berkenaan Sungguhpun pelbagai jenis rawatan tersedia termasuk pengambilan ubat dan pembedahan, tetapi dalam banyak keadaan, pesakit perlu memastikan badan mereka ‘bersedia’.   Perunding dan Pakar Bedah Ortopedik, Hospital Pakar Ampang Puteri (APSH) Datuk Dr Syed Abdul Latiff Alsagoff, berkata sebagai contoh, pesakit bertubuh gempal, mereka perlu mengurangkan berat badan terlebih dulu.  

Cara Mendidik Anak Menurut Islam

Pendahuluan Menurut perspektif Islam, pendidikan kanak-kanak ialah proses mendidik, mengasuh dan melatih rohani dan jasmani mereka berteraskan nilai-nilai baik yang bersumberkan Al-Quran, Hadis dan pendapat serta pengalaman para ulama. Ia bertujuan melahirkan " Insan Rabbani" yang beriman, bertakwa dan beramal soleh.  Falsafah pendidikan sebenarnya menekankan aspek rohani dan jasmani, sesuai dengan kejadian manusia itu sendiri yaang terdiri daripada roh dan jasad. Ianya melibatkan beberapa peringkat, bermula dari dalam kandungan sehinggalah ia lahir dan menjadi dewasa. Membentuk Dunia Kanak-kanak Sebelum anak-anak dilahirkan, ibubapa menyediakan tempat yang sesuai untuk membesarkan anak dengan sebaik-baiknya. Ini bermakna dunia kanak-kanak setelah dilahirkan ialah rumah ibubapa itu sendiri. Untuk mencapai kesempurnaan hidup kanak-kanak, ibu-bapa perlu membentuk suasana harmoni dan bercirikan keislaman dalam kehidupan rumahtangga terlebih dahulu. Jika pasangan suami is