Skip to main content

Impian umi bersama SHAKLEE

Dah 2 hari umi tak menulis... Agak busy ckit dengan kerja di ofis, tapi dalam kesibukkan tu hati umi tak tenteram selagi umi tak menulis di sini.. Boleh dikatakan dah macam diari umi sendiri.. Semua umi nak share di sini..

Umi suka berangan.. Siapa tak suka berangan kan? Semua orang suka berangan.. Yela berangan kan satu terapi..walaupun kita belum pasti apa yang di angankan tu boleh di capai ataupun tak.. Cumanya bagi umi visualise adalah salah satu teknik utk umi target or fokus apa yang umi nak..Tetapi tidaklah sehingga melalaikan.

Tahun ni dah pun menjangkau 12 tahun umi bersama shaklee.. Naik turun jatuh bangun umi tetap dengan shaklee.. Ada je sahabat datang dan pergi silih berganti tapi itu semua tidak menjadi satu alasan untuk umi berhenti di sini.. Jika tidak mana mungkin umi berada dengan sahabat2 sampai ke hari ini kan?? Alhamdulillah..

Bagi umi perniagaan shaklee ini bukan lah semata-mata untuk mencari wang ringgit shj, malah lebih kepada menjadi diri sendiri.. Pada asasnya bisnes dibina atas dasar keuntungan, sama jugak seperti mendapat kepuasan kerana minat.. Ia juga dinamakan keuntungan utk diri sendiri. Dalam shaklee umi dah jumpa ramai orang.. Yang mana umi sendiri tidak tahu percaturan Allah dengan siapa umi akan berjumpa, dengan siapa umi akan bermuamalah & dengan siapa umi akan berukhwah.. MasyaAllah..

Sehingga ke saat ni umi masih setia dengan shaklee..WHY???? Jadi ingin umi kongsi kan dengan semua apa impian umi bersama dengan shaklee.. 

💕MENJADI BUSSINES WOMAN YANG BERJAYA

Impian untuk berjaya di dalam perniagaan ini adalah impian mak dan ayah umi sebenarnya. Mak adalah seorang tukang jahit pakaian wanita manakala ayah pula seorang tukang jahit pakaian lelaki. Walaupun mereka juga masing-masing adalah seorang yang bekerja tetapi minat di dalam perniagaan pakaian menyebabkan mereka memilih untuk buat kedua-duanya sekali. Time raya adalah time yang paling ditunggu-tunggu oleh umi kerana happy melihat pakaian yang dah siap bergantungan di kedai mak dan umi suka ambil calculator untuk mengira berapa keuntungan untuk sambut raya. Best kan bila tengok jumlah keuntungan yang besar masa tu. Dari situ umi mula meminati bidang perniagaan walaupun caranya mungkin berbeza dengan cara perniagaan umi sekarang. Kedua-duanya mempunyai value tersendiri tetapi umi memilih untuk menjadi seorang bussiness woman dengan shaklee walaupun sebenarnya umi juga memiliki kemahiran menjahit. Dan umi sangat berharap suatu hari nanti umi juga dapat menjadi seorang yang berjaya seperti mak dan ayah 💗

💕 TIME FREEDOM

Dalam kesibukkan berbisnes shaklee, umi juga seorang isteri yang berkerja dan dalam masa yang sama umi juga menguruskan bisnes jahitan. Jadi masa umi sangatlah padat dengan kesemua aktiviti2 ini. Tapi tidaklah bermakna umi merungut dengan setiap takdir dan percaturan Allah itu, cuma bagi umi kita layak memilih ke mana hala tuju kita. Jika kita memilih menjadi insan biasa, jadilah kita insan biasa sebaliknya jika kita memilih menjadi hamba Allah yang luar biasa maka berusahalah untuk menjadikan ianya satu realiti. Pilihan umi untuk stay dalam bisnes shaklee merupakan keputusan besar yang pernah umi buat sejak 12 tahun lalu dan alhamdulillah umi mengimpikan suatu hari umi dapat fokus dengan minat umi disamping beramal ibadah dan melihat anak-anak membesar di depan mata. Best kan..

💕MONEY FREEDOM

Mengikut peredaran masa dan juga kecanggihan sistem yang ada, kini shaklee merupakan rangkaian yang mampu menjana pendapatan yang lumayan walaupun dengan hanya berniaga di atas talian. Setiap konten dan juga produk disediakan oleh syarikat sehinggalah proses mengepos juga diuruskan 100% oleh pihak syarikat. Semuanya hanyalah dihujung jari dan tidak memerlukan masa yang begitu lama untuk berniaga sebenarnya. Shaklee merupakan syarikat MLM yang mampu melahirkan ramai jutawan dikalangan pengguna dan juga ahli. Sistem yang begitu teratur membuatkan perniagaan ini dijalankan secara adil, siapa buat dia dapat. Tidak kiralah level apa sekalipun andaikata jualannya diteruskan maka ganjaran pendapatan akan disediakan. Mudah bukan? 

💕KEKALKAN KESIHATAN YANG OPTIMUM

#sihattakrugi .. Hashtag ni seringkali umi guna bila umi posting apa2 di medsoc umi. Kesihatan takkan mampu buat seseorang itu merasa rugi kerana nikmat sihat ni semua orang nak. Sebagai seorang yang terlalu sibuk dengan urusan seharian, umi juga sering diuji dengan kesakitan. Selain itu umi juga merupakan seorang pembawa talasemia atau talasemia minor. Tidaklah seserius pesakit tetapi tahap kesihatan kadang-kadang ada naik turunnya. Perkara biasa bagi seorang manusia yang bernyawa kan. Namun, sebagai seorang yang sukakan kepada kesihatan amatlah berpatutan umi memilih shaklee sebagai syarikat yang dapat membantu umi kekalkan kesihatan yang baik. Selain itu, variasi makanan tambahan yang disediakan di shaklee sangat bersesuaian dengan anak-anak dan juga famili umi. Jadi rugilah sekiranya umi tidak menggunakan kesempatan yang ada ini untuk orang-orang yang umi sayang. Apatah lagi bila umi mampu menjana income dengan shaklee seolah-olah umi dapat makan suplement secara percuma sahaja. Bestnyeee....

Semoga suatu hari nanti impian umi ini akan dapat direalisasikan dengan sebaiknya aminnnn..💕

Untuk dapatkan PROMO SET RAMADHAN 1,2,3 korang boleh klik link kt bawah ni ya ⤵️

http://www.wasap.my/+601110830519

Jangan lupa ikuti Medsos umi untuk info yang lebih banyak berkenaan puasa 
dan lain-lain lagi👸

Instagram : @shakleecandy

Sebarang persoalan boleh click button hijau kat sebelah tu ye..insyaallah umi akan segera reply setiap ws kawan-kawan.


sue, 11.56p.m.

#shakleethrive23
#shakleetriumph23
#blogmegashaklee
#shakleepenang
#shakleebertam
#shakleebukitmertajam
#shakleepulaupinang
#shakleetasekgelugor
#pengedarshakleeutara
#SetRamadhanShaklee 
#PuasaWithShaklee2023
#shakleeselangor
#shakleepahang
#shakleemelaka
#shakleejohor
#shakleenegerisembilan
#shakleeterengganu
#shakleekelantan






Comments

Popular posts from this blog

BISNES ONLINE TERBAIK DI MALAYSIA

Salam 10 terakhir Ramadhan sahabat-sahabat umi. Hampir 2 minggu umi tak dapat nak share entry terbaru dengan sahabat-sahabat. So harini umi curi jugak kesempatan yang ada untuk umi terus sharing dan gunakan medium blog ni untuk sebarkan ilmu serta info bermanfaat untuk semua.  Task umi untuk minggu ni adalah tentang Bisnes Online terbaik. Jika di lihat pada masa kini sudah ramai yang celik bisnes dan pelbagai syarikat atau cabang bisnes bercambah di media sosial. Ada yang berjaya dan ada yang separuh jalan. Tetapi pilihan untuk terus berbisnes melalui atas talian sebenarnya adalah pilihan terbaik masa kini memandangkan kecanggihan gajet dan kepelbagaian idea semakin tersebar luas.  Kenapa Bisnes Online menjadi trend masa kini?? 1) No limit cash Dunia tanpa sempadan kini mewujudkan urusniaga tanpa limit dan ini menyebabkan individu mahupun syarikat bergerak bebas dalam berjual beli. Urusniaga di hujung jari ini sangat memudahkan proses di mana setiap jual beli hanya menggunakan...

Nafkah vs Duit Belanja Rumah

 Nafkah isteri vs duit belanja rumah. Sekadar perkongsian bersama Dua perkara yang berbeza ya. Suami & isteri kena faham. Suami wajib tahu tanggung jawab, isteri wajib tahu hak. Duit nafkah, yang tu untuk kegunaan isteri. Beli barang untuk diri dia saja. Ikutlah nak beli apa yang isteri suka, atau nak simpan. Itu hak isteri. Ramai juga isteri yang guna duit nafkah untuk beli barang anak-anak, barang dapur, itu tak mengapa sebab atas kerelaan isteri. Isteri yang pilih. Bukan dipaksa suami. Berapa banyak duit nafkah perlu suami bagi setiap bulan? Bergantung kepada kemampuan. Kalau mampu beli gadjet, jangan pula claim langsung takde duit untuk bagi nafkah isteri. Merokok sehari sekotak, tak malu ke nak kata tak mampu bagi nafkah kat isteri? Mampu bagi RM20 sahaja, bagilah. Mampu bagi banyak, bagi. Isteri ada duit sendiri. Sama ada bekerja atau buat bisnes. Duit isteri banyak, boleh beli itu ini. Duit isteri banyak, lagi banyak daripada gaji suami. Tetaplah wajib ke atas seorang su...

JOM KURUS SEBELUM RAYA!! DENGAN SET KURUS SHAKLEE

 I LOVE SHAKLEE SOO MUCH💖 Ungkapan ni yang selalu umi cakap pada customer. Umi dah jatuh cinta sejak pertama kali umi consume suplement dari shaklee lagi tapi kali ini buatkan umi lebih bersemangat kerana ia membuatkan umi berubah secara totaly. Masih segar lagi dalam ingatan umi my diet journey bermula PKP 2020. Saat umi mendapat kekuatan untuk memulakan perjalanan menguruskan badan dengan SET HELLO NEW YOU. Kebetulan masa PKP tu lah juga umi baru keluar dari ward kerana tekanan darah umi tidak stabil. Seperti yang pernah umi ceritakan di dalam entry sebelum ini, umi sangat-sangat teruja apabila shaklee mengeluarkan satu set lengkap bagi sesiapa sahaja yang mengimpikan bentuk badan yang ideal dan berkeyakinan. akan umi kongsikan testimoni umi sendiri dengan set ni di akhir entry nanti. Jadi korang kenalah baca sampai habis ya. Tahu tak  apa yang terkandung di dalam set Hello New You ataupun set kurus shaklee ini yang membuatkan umi tidak pernah berubah arah kepada produk la...