Skip to main content

Petua Sihat Cara Saintifik Rasulullah SAW

1. AMALKAN BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasul selalu mengajak umatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan solat sunat, solat fardhu dan solat Subuh berjemaah.


Hal ini memberi hikmah yang mendalam antara lain :
- Berlimpah pahala daripada Allah s.w.t.
- Kesegaran udara pada waktu subuh yang bagus untuk kesihatan/terapi penyakit TB.
- Menguatkan fikiran dan menyihatkan perasaan.


2. SENTIASA MENJAGA KEBERSIHAN
النظافة من الإيمان
Rasulullah sollallohu alaihi wasallam sentiasa rapi dan bersih. Setiap hari Khamis atau Jumaat, beliau bercukur, memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi.
"Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang-orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman." (HR Muslim)

3. TIDAK PERNAH MAKAN BANYAK
"Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan)." (Muttafaq Alaih)

Dalam badan manusia ada 3 ruang untuk 3 benda :
Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi umat Islam dengan adanya puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesihatan.

4. GEMAR BERJALAN KAKI

Rasulullah selalu berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat dan sebagainya.

Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, pori-pori terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah dari diserang penyakit jantung.


5. TIDAK PEMARAH

Nasihat Rasulullah : "Jangan marah!!" diulangi sampai 3 kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh iaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesihatan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan marah :
- Mengubah posisi ketika marah; bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka berbaring.
- Membaza ta'awudz, kerana marah itu daripada syaitan.
- Segeralah berwudhu'.
- Solat dua rakaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati.


6. OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA

Sikap optimis akan memberikan impak psikologi yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqamah dan bekerja keras, serta bertakawal kepada Allah s.w.t.


7. TIDAK PERNAH IRI HATI

Untuk menjaga stabiliti hati, kesihatan jiwa dan mental, maka menjauhi sifat iri hati ini adalah tindakan preventif yang sangat tepat. Tidak iri hati bila kawan atau kenalan mendapat keuntungan seperti naik pangkat, berjaya dalam perniagaan, mempunyai anak-anak yang berjaya dan sebagainya. Dan disarankan untuk membantu rakan-rakan untuk berjaya, di mana ia akan memberi kepuasan dalaman yang hakiki.

Comments

Popular posts from this blog

BERPUASA TAPI TIDAK BERSAHUR???

Tahukah kawan-kawan tarikh harini dah masuk 14 Syaaban, bermakna  beberapa hari sahaja lagi kita akan bertemu dengan bulan Ramadhan Al Mubarak. MasyaAllah cepatnya masa berlalu. Masih terasa lagi nikmat semangat bertarawih di masjid after PKP. Perasaan bercampur baur waktu tu. Ye lah 2 tahun kita hidup terasing di bumi sendiri dek kerana wabak penyakit merbahaya.   Alhamdulillah kini kita sudah dpt menghitung detik kembalinya Ramadhan untuk kita imarahkan bersama. ok sempena Ramadhan yang bakal tiba, umi sangat teruja untuk sharing dengan semua tentang BER SAHUR . Boleh ke kita berpuasa tapi tidak bersahur?  Nabi S.A.W bersabda:                                           فَصْلُ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ، أَكْلَةُ السَّحَرِ                               ...

KURUS DAN SIHAT : Umi pilih Set Shaklee Untuk Puasa

Salam Nisfu Syaaban sahabat-sahabat syurga umi, Semoga kita diberkati dalam baki bulan Syaaban yang masih bersisa dan Allah kurniakan kesempatan untuk sampai ke Ramadhan yg dinanti dengan penuh pengharapan. Umi doakan Allah beri kekuatan pd kita dpt melipatgandakan pahala n ganjaran sepanjang bulan Ramadhan dan seterusnya menjadi al faqir yg kaya dengan pahala insyaAllah, amiin ya Rabbalalamin.. Hari ni umi tertarik untuk share dengan sahabat-sahabat semua berkaitan KURUS dan SIHAT. Tajuk ni sebenarnya satu tajuk yang dah lama umi nak tulis cuma harini baru umi ada feel untuk share dengan semua.  Bertambah-tambah excited disebabkan Shaklee berbaik hati memberikan discount yang sangat-sangat best untuk SET PUASA 123 . Mana taknya, set ni mmg fokus untuk tenaga, dan sihat sepanjang berpuasa plusss kurusss. Dalam set ni juga dah dibekalkan dengan nutrien, protein, elektrolite dan serat yang cukup untuk kekalkan tenaga sepanjang berpuasa. Alhmdulillah set ni juga bantu umi slim tau dan...

KEBAIKAN VITAMIN C YANG RAMAI TIDAK TAHU

Ok macam yang umi bagitau dalam entry sebelum ni, insyaAllah entry kali ni umi nak share pasal apa yang kita boleh dapat jika kita konsisten amalkan vitamin c yang cukup. Selalunya vitamin c dianggap sebagai booster untuk cantik dan gebu tapi sebenarnya banyak kelebihan vitamin c yang patut kita tahu untuk mengekalkan kesihatan yang berpanjangan.  Bukanlah bermakna amalkan vitamin c kita takkan terkena demam or selsema or apa-apa penyakit, tapi sekiranya kita dah tau dan sedar tentang pengambilan yang berterusan kita akan lebih fokus dengan kesihatan. Vitamin C merupakan antioksidan terbaik yang mempunyai kelebihan untuk tingkatkan pertahanan badan, Ianya juga merupakan vitamin yang larut air dan mudah terdapat di dalam sayuran dan buah-buahan. Vitamin ini juga dikenali dengan nama asam askorbat. Tapi tahukah kita vitamin c perlu di ambil dari luar kerana badan tidak dapat menghasilkan dengan sendirinya vitamin c. Specialnya vitamin c Shaklee adalah satu-satunya vitamin c yang ...