Skip to main content

Atasi masalah keletihan dan kurang bertenaga


Keletihan yang diakibatkan oleh kesibukan kerja sehari-hari memang sangat mengganggu konsentrasi dan prestasi kerja. Sehingga kadangkala terbawa-bawa sehingga pulang ke rumah. Namun jangan sekali-kali kita mencari alasan untuk mengabaikannya. Ini kerana keletihan boleh menjadi kronik dan meningkatkan risiko serangan penyakit.
Terdapat banyak cara untuk melenyapkan rasa penat atau letih dengan cara yang baik. Misalnya melalui makanan, suplemen dan vitamin.
4 Jenis Makanan yang Dapat Mengurangkan Rasa Letih:
1) Oatmeal.
Oatmeal atau mil oat dianggap sebagai makanan super kerana kemampuannya dalam menjaga kesihatan pencernaan. Atas sebab itu, banyak amalan perubatan dan nutritionist yang menggalakkan pesakit diabetes mengambil oatmeal, terutama bagi membantu menjaga kadar gula darah supaya berada pada paras normal. Kerana keperluan kandungan serat yang tinggi ini penting bagi pesakit diabetes, Alfalfa juga boleh diambil sebagai pilihan selain makanan yang berserat tinggi lain.
Selain kandungan serat yang tinggi, oatmeal yang menyediakan magnesium, protein dan fosforus, tiga nutrient yang signifikan dan secara langsung mempengaruhi tahap tenaga, menjadikannya sebagai makanan ideal untuk memerangi keletihan. Oatmeal juga merupakan sumber vitamin B1 (tiamin), yang berperanan penting dalam penghasilan tenaga oleh badan.
2) Yogurt.
Teksturnya yang lembut, membuatkan yogurt dapat diproses dengan cepat oleh tubuh menjadi tenaga berbanding makanan padat. Ia mengandungi probiotik- bacteria baik yang membantu mempertahankan ekosistem usus agar sentiasa sihat dengan melindunginya dari pathogen dan membantu tubuh menyingkirkan bacteria berbahaya.
Kajian terbaru Universiti Toronto menunjukkan probiotik dapat membantu mengurangkan gejala keletihan kronik dengan meningkatkan kadar asid amino triptofan pada otak. Triptofan dikenali sebagai pemangkin serotonin, suatu neurotransmitter yang membantu merangsang tidur dan mempromosikan perasaan tenang, membantu mengatasi keletihan sama ada dari segi fizikal dan emosi.
3) Bayam.
Bayam penuh dengan kandungan nutrient penting yang membantu melenyapkan keletihan. Sayuran ini tidak hanya menjadi sumber terbaik daripada segi sumber zat besi, tetapi juga sangat kaya dengan magnesium dan kalium. Zat besi memainkan peranan secara langsung dan penting dalam menghindari keletihan. Kadar zat besi yang rendah dalam tubuh menyebabkan keletihan baik daripada aspek fizikal dan mental serta anemia.
4) Kekacang dan biji-bijian.
Biji labu, badam, kacang gajus dan kacang hazel mempunyai semua sumber magnesium yang membantu melawan keletihan otot. Kandungan triptofan yang banyak ditemui dalam biji bijan, biji bunga matahari, biji labu, biji gajus, walnut dan badam berfungsi melawan keletihan emosi yang secara langsung membantu meringankan keletihan fizikal.
Supplemen dan Vitamin yang Membantu Mengatasi Masalah Keletihan, Penat & Kurang Bertenaga:
Cubalah kombinasi supplemen seperti berikut:

credit to celikvitamin
untuk yg berminat sila hubungi mamafiyya di talian...bersama konsultasi percuma..sma2 kita berikhtiar insyaAllah



Comments

Popular posts from this blog

BERPUASA TAPI TIDAK BERSAHUR???

Tahukah kawan-kawan tarikh harini dah masuk 14 Syaaban, bermakna  beberapa hari sahaja lagi kita akan bertemu dengan bulan Ramadhan Al Mubarak. MasyaAllah cepatnya masa berlalu. Masih terasa lagi nikmat semangat bertarawih di masjid after PKP. Perasaan bercampur baur waktu tu. Ye lah 2 tahun kita hidup terasing di bumi sendiri dek kerana wabak penyakit merbahaya.   Alhamdulillah kini kita sudah dpt menghitung detik kembalinya Ramadhan untuk kita imarahkan bersama. ok sempena Ramadhan yang bakal tiba, umi sangat teruja untuk sharing dengan semua tentang BER SAHUR . Boleh ke kita berpuasa tapi tidak bersahur?  Nabi S.A.W bersabda:                                           فَصْلُ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ، أَكْلَةُ السَّحَرِ                               ...

KURUS DAN SIHAT : Umi pilih Set Shaklee Untuk Puasa

Salam Nisfu Syaaban sahabat-sahabat syurga umi, Semoga kita diberkati dalam baki bulan Syaaban yang masih bersisa dan Allah kurniakan kesempatan untuk sampai ke Ramadhan yg dinanti dengan penuh pengharapan. Umi doakan Allah beri kekuatan pd kita dpt melipatgandakan pahala n ganjaran sepanjang bulan Ramadhan dan seterusnya menjadi al faqir yg kaya dengan pahala insyaAllah, amiin ya Rabbalalamin.. Hari ni umi tertarik untuk share dengan sahabat-sahabat semua berkaitan KURUS dan SIHAT. Tajuk ni sebenarnya satu tajuk yang dah lama umi nak tulis cuma harini baru umi ada feel untuk share dengan semua.  Bertambah-tambah excited disebabkan Shaklee berbaik hati memberikan discount yang sangat-sangat best untuk SET PUASA 123 . Mana taknya, set ni mmg fokus untuk tenaga, dan sihat sepanjang berpuasa plusss kurusss. Dalam set ni juga dah dibekalkan dengan nutrien, protein, elektrolite dan serat yang cukup untuk kekalkan tenaga sepanjang berpuasa. Alhmdulillah set ni juga bantu umi slim tau dan...

Nafkah vs Duit Belanja Rumah

 Nafkah isteri vs duit belanja rumah. Sekadar perkongsian bersama Dua perkara yang berbeza ya. Suami & isteri kena faham. Suami wajib tahu tanggung jawab, isteri wajib tahu hak. Duit nafkah, yang tu untuk kegunaan isteri. Beli barang untuk diri dia saja. Ikutlah nak beli apa yang isteri suka, atau nak simpan. Itu hak isteri. Ramai juga isteri yang guna duit nafkah untuk beli barang anak-anak, barang dapur, itu tak mengapa sebab atas kerelaan isteri. Isteri yang pilih. Bukan dipaksa suami. Berapa banyak duit nafkah perlu suami bagi setiap bulan? Bergantung kepada kemampuan. Kalau mampu beli gadjet, jangan pula claim langsung takde duit untuk bagi nafkah isteri. Merokok sehari sekotak, tak malu ke nak kata tak mampu bagi nafkah kat isteri? Mampu bagi RM20 sahaja, bagilah. Mampu bagi banyak, bagi. Isteri ada duit sendiri. Sama ada bekerja atau buat bisnes. Duit isteri banyak, boleh beli itu ini. Duit isteri banyak, lagi banyak daripada gaji suami. Tetaplah wajib ke atas seorang su...