Skip to main content

BANYAK KEBURUKAN DIET IF YANG RAMAI TIDAK TAHU

Umi bersiaran pagi ni dari atas train sebab umi on the way untuk pulang ke pangkuan family. cewah... rindu sangat-sangat dgn kids and hubby. umi terpaksa berjauhan dalam tempoh 4 hari ni atas tuntutan urusan kerja. 

Sabtu baru ni sepatutnya umi joint kelas Dr Redza di Kelana Jaya tapi hari yang sama umi kena wida' mertua untuk jadi tetamu Haramain. Tapi walaupun umi tak joint secara fizikal umi tetap usaha untuk dapatkan juga link atau input dar kelas tu kerana sesiapa yang tau kelas some one special ni rugi kalau terlepas. Alhamdulillah dalam masa yang sama umi dapatkan kedua-duanya sekali, kasih sayang yang tiada penghujung dengan family dan ilmu yang sangat berguna untuk umi. Setel tugasan tu umi sambung out station ke PD pulak untuk 3 hari 2 malam. 


Umi tak nak review lagi tentang kursus yang umi attend ni walaupun umi excited nak share dengan semua. InsyaAllah next time umi kongsi ok. Harini umi nak cerita tentang tajuk yang kebaboom ni dulu coz esok kita semua bakal menjadi tetamu Ramadhan. Sedikit sebanyak tajuk ini sangat-sangat berkait rapat. 



Betul ke sesapa yang buat Intermiten Fasting ni banyak buruknya dari yang baik???? Yang dah pernah buat mungkin dah tahu keburukan IF ni tetapi bagi yang baru nak berjinak-jinak diet kena baca ni sebab asbab keburukan inilah uoll akan TERPAKSA STAY sampai ke penghujungnya. Ingat! teruskan membaca sampai ke akhir okey!😉

💜 BANYAK MASA LAPANG

Setiap hari selalunya 6 jam kita akan habiskan masa dengan menjamu selera, belum lagi dikira masa lepak di kedai mamak sambil layan bola or lepak depan fon layan citer kpop sambil makan jajan. Tolak lagi 6 jam ke 10 jam masa tido setelah kekenyangan. So masa yang tinggal hanyalah beberapa jam sahaja yang berkualiti untuk setelkan tugas. Bila tugas tak setel mulalah serabut dan stress. Darah naik kena ulang alik gi jumpa doc. Kan dah banyak masa terbuang tu. So sesapa yang nak masa lapang yang  banyak boleh layan blogging or socmed boleh lah cuba IF ni ok.

💜 TERPAKSA FRESH SETIAP HARI

Selalunya bila bangun pagi perut akan terasa lapar dan kosong..apa lagi mintak di isi lah kan! Bila makan pagi teringin nak cuba pelbagai menu kononnya ada kata-kata mat saleh "breakfast like a king" hah sudah...kalau raja makannya macamana pulak.. yeahh ni semua karut marut yang di cipta untuk manusia terus buang masa hahaha, dah lama dorang rancang, kite je yang lalai 😠.. Sahabat-sahabat umi tau tak jika kita teruskan buat IF ni badan kita akan jadi lagi fresh sebenanrnya. Mesin dalam badan kita akan ada masa rehat yang lama daripada biasa. Jadi tenaga yang dihasilkan dari proses berbuka puasa akan kekal di dalam badan dan buatkan badan terasa segar. Cuma sebelum memulakan If kita wajib tau setakat mana badan kita mampu bertahan. Permulaan mungkin kita boleh cuba untuk If selama 16 jam kemudian barulah bertambah ke 20 jam sehinggalah ke OMAD or 48 jam and more.

💜 PERUT TAK COMEL

Masalah perut buncit ni selalunya di alami oleh sesiapa sahaja yang menjangkau usia 30an. Bukannya kurang lebih daripada tu tidak buncit tetapi percent untuk berisiko buncit lebih kepada yang berusia sebegitu. Ini kerana kesan pangambilan gula yang berlebihan dan tidak terkawal menjadikannya makhluk yang sangat JAHAT dan menjadikan kita juga kejam untuk diri sendiri. Jadi inilah masanya bagi kita mengempiskan perut dengan menjaga pemakanan dan masa pengambilan yang betul supaya kekal langsing, ramping dan mendapatkan bentuk badan idaman. Chaiyok!

💜 POKET KEMBUNG

Zaman sekarang ni pelbagai makanan viral yang kita nak cuba try test, almaklumlah presenting menarik marketing padu, rasa pun mungkin sedap dan best. Tapi.. jika kita dah mula buat IF kita akan terhalang untuk beli dan cuba pelbagai jenis makan di luar sana kerana masa makan yang sudah tersusun dan kebanyakan aktiviti adalah berehat dari  makan. So bolehlah menabung untuk beli baju raya yang grand-grand uoll. ataupun kalau tak nak shopping boleh cuba beli emas utk pelaburan, tak pun joint umi trade bursa IPO best jugak. Income pun kepuk-kepuk time tu hokey. So umi share 4 jelah sebab keburukan.. segan nak share banyak-banyak takut kena band pulak. 

Cumannya pesan umi bolehlah nak berangan kurus sebelum raya kalau berminat nak joint umi buat IF, tak pun uoll semua kena follow jugak umi amalkn gaya hidup sihat dan jaga pemakanan yang betul untuk kekal langsing sampai bila-bila. Rasa tak kuat nak tahan perut boleh cuba ambil Supplement Terbaik iaitu Set Puasa Shaklee ataupun Set Kurus Shaklee dengan umi.

Untuk info lanjut bole click link di bawah ye umi sedia membantu😊 sehingga berjumpa lg❤️

http://www.wasap.my/+601110830519

Jangan lupa ikuti Medsos umi untuk info yang lebih banyak berkenaan puasa 
dan lain-lain lagi👸Ramadhan Kareem

Instagram : @shakleecandy

sue, 11.19a.m.
KL Central

#shakleethrive23
#shakleetriumph23
#blogmegashaklee
#shakleepenang
#shakleebertam
#shakleebukitmertajam
#shakleepulaupinang
#shakleetasekgelugor
#pengedarshakleeutara
#SetRamadhanShaklee 
#PuasaWithShaklee2023
#shakleeselangor
#shakleepahang
#shakleemelaka
#shakleejohor
#shakleenegerisembilan
#shakleeterengganu
#shakleekelantan


Comments

Post a Comment

😉Terima kasih untuk comment anda.. Sy akn reply secepat yg mungkin! Jika tidak boleh terus WhatsApp sy di http://www.wasap.my/+601110830519/hisayanakshaklee❤️

Popular posts from this blog

BERPUASA TAPI TIDAK BERSAHUR???

Tahukah kawan-kawan tarikh harini dah masuk 14 Syaaban, bermakna  beberapa hari sahaja lagi kita akan bertemu dengan bulan Ramadhan Al Mubarak. MasyaAllah cepatnya masa berlalu. Masih terasa lagi nikmat semangat bertarawih di masjid after PKP. Perasaan bercampur baur waktu tu. Ye lah 2 tahun kita hidup terasing di bumi sendiri dek kerana wabak penyakit merbahaya.   Alhamdulillah kini kita sudah dpt menghitung detik kembalinya Ramadhan untuk kita imarahkan bersama. ok sempena Ramadhan yang bakal tiba, umi sangat teruja untuk sharing dengan semua tentang BER SAHUR . Boleh ke kita berpuasa tapi tidak bersahur?  Nabi S.A.W bersabda:                                           فَصْلُ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ، أَكْلَةُ السَّحَرِ                               ...

Nafkah vs Duit Belanja Rumah

 Nafkah isteri vs duit belanja rumah. Sekadar perkongsian bersama Dua perkara yang berbeza ya. Suami & isteri kena faham. Suami wajib tahu tanggung jawab, isteri wajib tahu hak. Duit nafkah, yang tu untuk kegunaan isteri. Beli barang untuk diri dia saja. Ikutlah nak beli apa yang isteri suka, atau nak simpan. Itu hak isteri. Ramai juga isteri yang guna duit nafkah untuk beli barang anak-anak, barang dapur, itu tak mengapa sebab atas kerelaan isteri. Isteri yang pilih. Bukan dipaksa suami. Berapa banyak duit nafkah perlu suami bagi setiap bulan? Bergantung kepada kemampuan. Kalau mampu beli gadjet, jangan pula claim langsung takde duit untuk bagi nafkah isteri. Merokok sehari sekotak, tak malu ke nak kata tak mampu bagi nafkah kat isteri? Mampu bagi RM20 sahaja, bagilah. Mampu bagi banyak, bagi. Isteri ada duit sendiri. Sama ada bekerja atau buat bisnes. Duit isteri banyak, boleh beli itu ini. Duit isteri banyak, lagi banyak daripada gaji suami. Tetaplah wajib ke atas seorang su...

7 TIPS MUDAH UNTUK KURUS DENGAN CEPAT

  Alhamdulillah umi baru sahaja sampai rumah masa ni dan laju-laju buka lappy untuk sharing my task again. Tajuk harini tak lain tak bukan mesti ada kaitan dengan umi. Umi akan share dengan semua tentang beberapa tips menarik untuk kurus dengan cepat. Sentiasalah berfikir secara positif bila mana kita tengah berusaha untuk kurus. Tak semua proses kurus amik masa yang singkat dan mudah tapi tak semua yang nak kurus tu akan fail. percaya dan yakin adalah kunci utama bila kita dah bertekad untuk kurus. Harini dah masuk hari ke- 24 bulan Ramadhan. Mesti ramai yang mengeluh kan bila target nak kurus sebelum raya tidak tercapai. Umi yakin sedikit sebanyak mesti jarum penimbang akan bergerak jugak kan kalau sahabat-sahabat betul-betul follow guide line yang umi share sebelum ni. Melainkan jika korang tak habiskan pembacaan tentang sharing produk dan info kurus dan sihat sebelum ni. Jangan mengeluh ya kerana setiap usaha pasti akan berhasil juga. Macam yang pernah umi share sebelum ni, umi...