assalamualaikum buat semua..kali ni mamafiyya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai sakit sendi..google punya google akhirnya dapat juga satu artikel pasal radang sendi ni dalam berita harian..jom kita baca.. Derita radang sendi (Berita Harian , 3/1/13) OA penyakit orang berusia, tetapi bukan alasan hentikan aktiviti lasak Osteoarthritis (OA) atau keradangan sendi sering dianggap penyakit orang tua. Peningkatan aduan penghidap sakit sendi juga semakin ketara sejajar pertambahan usia individu. Hakikatnya, golongan berkenaan perlu sentiasa bersedia berhadapan dengan risiko penyakit berkenaan Sungguhpun pelbagai jenis rawatan tersedia termasuk pengambilan ubat dan pembedahan, tetapi dalam banyak keadaan, pesakit perlu memastikan badan mereka ‘bersedia’. Perunding dan Pakar Bedah Ortopedik, Hospital Pakar Ampang Puteri (APSH) Datuk Dr Syed Abdul Latiff Alsagoff, berkata sebagai contoh, pesakit bertubuh gempal, mereka perlu mengurangkan berat badan terlebih dulu. ...
Ummi suka share ttg lifestyle, nasihat, positive vibes n info kesihatan utk rujukan semua.. Ummi jgk menyediakan beberapa servis untuk consult ttg cara pengambilan supplement yg betul 🌵