Skip to main content

Buat Baik Jangan Kenal Erti Serik

Salam perkenalkan Jun 2023..Percutian 3hari 2 malam yang Allah taja sepenuhnya..dan tq ya Allah bersempena tarikh harini adalah ulangtahun perkahwinan kami yg ke 13 tahun..semoga ikatan perkahwinan ini berkekalan hingga ke syurga hendaknya..






Umi dh agak lama berehat dari menulis di open diary Umi ni..

Seperti biasa Umi ni terkadang bz dengan pelbagai urusan dan tugas.. Umi masih lagi mencari-cari ruang Dan peluang untuk kekalkan momentum Umi nak sharing pelbagai info dan vibe2 positif Dan motivasi untuk semua pembaca.

InsyaAllah untuk kali ni Umi just nak sharing berkenaan apa yang Umi lalui sepanjang cuti sekolah bebaru ni.. harini last day untuk cuti sekolah anak-anak dan suami Dan utk esok hari alhamdulillah masih lagi bersambung cutinya dengan Sambutan Hari kelahiran YDPA Malaysia..

Untuk Cuti sekolah Kali ni sebenarnya Umi n husband tak plan apa-apa perancangan pun sebenarnya.. macam biasa Umi akan bangun pagi Dan siapkan bfast serta lunch utk smua..masuk ofis Dan pulang ke rumah bila selesai tugas di ofis..Hampir maghrib baru Umi akan smpai ke rumah..kesian bila tengok wajah anak-anak dan on the spot Umi Dan husband plan nk gi holiday..cumanya smua flight is full Dan agak pricy.. fikir punya fikir Umi dapat idea utk holiday sahaja di kampung halaman di Jitra Kedah...anak-anak pun mmg excited utk balik kampung..boleh holiday sekaligus boleh jumpa tokwan and tokma.

Cerita holiday Kali ni agak berbeza sebenarnya...korang wajib baca sampai habis tau!!

Bila sampai sahaja di kampung halaman perkara paling utama adalah nak tau ape yang mak Dan ayah nak makan utk disediakan..sebab bagi Umi maspa makan adalah masa yang paling berkualiti bila berkumpul ramai sambil makan-makan Dan bertanya kabar..sedangkan masa ni Umi mmg tgh on track diet tp Umi pilih utk cheat day for 2days..

Tapi pandangan mata Umi tertumpu pada Kaki mak yg agak lain cara jalannya..Umi Cuba Tanya kabar apa yang jadi Dan Umi nampak mak menangis seolah-olah menahan sakit yang amat sangat..Mak..walaupun hari pertama Umi bercuti di rumah mertua tapi mak sama ja macam mak kandung Umi.. Umi cepat-cepat maklumkan pd husband utk segerakan bawa mak ke hospital.. Rupanya mak sakit lutut yg dah lama dia simpan.. almost Dr pagi smpai tengahari kami uruskan mak di hospital utk urusan masukkan gel grease di lutut..doc maklumkan mak dh tahap 3 n Kali dibiarkan mungkin mak akan di operate..alhamdulillah semuanya berjalan lancar..

Hari kedua Umi pulang ke rumah mak Dan ayah kandung Umi yg jugak terletak di Jitra Kedah..For your information rumah mak ayah kami sebenarnya sangat dekat cuma tempat pertemuan kami di tempat yg agak jauh masa kami sedang study di Egypt dulu..xtau pun Rupanya 10 minit je jarak Dr rumah kami utk smpai 🥰😅

Alhmdulillah kedua-dua mak ayah sihat walafiat..sehinggalah tengah hari macamtu Umi dapat panggilan dari makcik saudara sebelah mak di kg..Mintak Umi cepat datang ke rumah tengokkan nenek yg sakit perut Dan asyik ulang ke toilet..boleh bayang kan camana lembik Dan longlainya orang yang letih ulang membuang di toilet..sekali lagi Umi bawa nenek ke hospital Dan Kali ni prosedur tidaklah lama..just checkup Dan konsult..doc bagi ubat then boleh balik..

Malam ni Umi dpt rasakan satu kelainan..rasa kepuasan diri dapat berbakti buat kedua-dua belah family yang tidak ternilai harganya..mana taknya kita merancang sebaik mungkin tetapi hikmah Dan percaturan Allah jua yang lebih baik..

alhmdulillah dalam kekalutan tu Umi sempat jugak bwk anak 2 ke water park yg xjauh Dr rumah kami..ank happy Umi ayah jugak happy kerana Allah bagi peluang utk kami berbakti pd kesayangan kami semua..Umi sempat pillow talk dengan husband tadi sebelum dia terlelap dibuai mimpi.. kepuasan yg kami rasakan harini adalah kepuasan yang tak dapat dibeli di mana2...semoga Allah kurniakan lagi peluang sebegini buat kami Dan anak2 kami insyaAllah..








Tq Soo much buat korang yang sanggup baca sampai ke noktah teakhir..😍

Untuk info lanjut bole click link di bawah ye umi sedia membantu😊 sehingga berjumpa lg❤️

http://www.wasap.my/+601110830519

Jangan lupa ikuti Medsos umi untuk info yang lebih banyak berkenaan vitamin 
dan lain-lain lagi👸

Instagram : @shakleecandy

sue, 11.15p.m.
Jitra, Kedah

#nextlevelblogging 
#shakleethrive23
#shakleetriumph23
#blogmegashaklee
#vitaminc
#setrahmahshaklee
#shakleepenang
#shakleebertam
#shakleebukitmertajam
#shakleepulaupinang
#shakleetasekgelugor
#pengedarshakleeutara
#SetRamadhanShaklee 
#PuasaWithShaklee2023
#shakleeselangor
#shakleepahang
#shakleemelaka
#shakleejohor
#shakleenegerisembilan
#shakleeterengganu
#shakleekelantan






Comments

Popular posts from this blog

BERPUASA TAPI TIDAK BERSAHUR???

Tahukah kawan-kawan tarikh harini dah masuk 14 Syaaban, bermakna  beberapa hari sahaja lagi kita akan bertemu dengan bulan Ramadhan Al Mubarak. MasyaAllah cepatnya masa berlalu. Masih terasa lagi nikmat semangat bertarawih di masjid after PKP. Perasaan bercampur baur waktu tu. Ye lah 2 tahun kita hidup terasing di bumi sendiri dek kerana wabak penyakit merbahaya.   Alhamdulillah kini kita sudah dpt menghitung detik kembalinya Ramadhan untuk kita imarahkan bersama. ok sempena Ramadhan yang bakal tiba, umi sangat teruja untuk sharing dengan semua tentang BER SAHUR . Boleh ke kita berpuasa tapi tidak bersahur?  Nabi S.A.W bersabda:                                           فَصْلُ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ، أَكْلَةُ السَّحَرِ                               ...

Nafkah vs Duit Belanja Rumah

 Nafkah isteri vs duit belanja rumah. Sekadar perkongsian bersama Dua perkara yang berbeza ya. Suami & isteri kena faham. Suami wajib tahu tanggung jawab, isteri wajib tahu hak. Duit nafkah, yang tu untuk kegunaan isteri. Beli barang untuk diri dia saja. Ikutlah nak beli apa yang isteri suka, atau nak simpan. Itu hak isteri. Ramai juga isteri yang guna duit nafkah untuk beli barang anak-anak, barang dapur, itu tak mengapa sebab atas kerelaan isteri. Isteri yang pilih. Bukan dipaksa suami. Berapa banyak duit nafkah perlu suami bagi setiap bulan? Bergantung kepada kemampuan. Kalau mampu beli gadjet, jangan pula claim langsung takde duit untuk bagi nafkah isteri. Merokok sehari sekotak, tak malu ke nak kata tak mampu bagi nafkah kat isteri? Mampu bagi RM20 sahaja, bagilah. Mampu bagi banyak, bagi. Isteri ada duit sendiri. Sama ada bekerja atau buat bisnes. Duit isteri banyak, boleh beli itu ini. Duit isteri banyak, lagi banyak daripada gaji suami. Tetaplah wajib ke atas seorang su...

7 TIPS MUDAH UNTUK KURUS DENGAN CEPAT

  Alhamdulillah umi baru sahaja sampai rumah masa ni dan laju-laju buka lappy untuk sharing my task again. Tajuk harini tak lain tak bukan mesti ada kaitan dengan umi. Umi akan share dengan semua tentang beberapa tips menarik untuk kurus dengan cepat. Sentiasalah berfikir secara positif bila mana kita tengah berusaha untuk kurus. Tak semua proses kurus amik masa yang singkat dan mudah tapi tak semua yang nak kurus tu akan fail. percaya dan yakin adalah kunci utama bila kita dah bertekad untuk kurus. Harini dah masuk hari ke- 24 bulan Ramadhan. Mesti ramai yang mengeluh kan bila target nak kurus sebelum raya tidak tercapai. Umi yakin sedikit sebanyak mesti jarum penimbang akan bergerak jugak kan kalau sahabat-sahabat betul-betul follow guide line yang umi share sebelum ni. Melainkan jika korang tak habiskan pembacaan tentang sharing produk dan info kurus dan sihat sebelum ni. Jangan mengeluh ya kerana setiap usaha pasti akan berhasil juga. Macam yang pernah umi share sebelum ni, umi...