Skip to main content

RAIKAN AIDILFITRI BERSAMA SHAKLEE

Wahh semakin hari semakin sibuk semuanya memenuhi undangan rumah terbuka. Termasuk juga umi.. Pelbagai juadah menarik disediakan untuk santapan semua. Dari juadah menu utama hingga lah ke juadah pencuci mulut semuanya sedap2 belaka..


Mesti ramai juga dikalangan sahabat-sahabat umi yg risaukan berat badan masing2 akan bertambah kan termasuk juga umi.. Dari awal lagi umi dh berkira2 kalori yg akan di ambil sepanjang musim perayaan ni. Dah terbiasa kerana sebelum ni umi diet sambil kira kalori.. & pastinya pengambilan suplement shaklee mengikut jadual yg teratur. 


So far 3 hari sebelum aidilfitri berat badan umi dh pun turun ke 58kg dr 64kg and Alhamdulillah pencapaian yg sgt umi harapkan dah pun tercapai. Apa yg umi amalkan sepanjang berpuasa boleh baca di entry ni ya 👉🏻Set Kurus Yang Umi Suka


Cumanya perasaan risau tu sgtlah menghantui umi sebab umi sememmangnya suka kan makanan.. I'm lovit it.. So apa yang umi buat untuk kekalkan momentum tu?? 


Tips Berhari Raya dan Kekal Slim


1) Teruskan rutin seperti bulan Ramadhan





Rutin yang bagaimana untuk diteruskan di dalam bulan Syawal yang mulia ini? Firstly you all mestilah kekalkan pengambilan suplement yang telah pun diambil sepanjang berpuasa supaya badan sentiasa kekal bertenaga dan paling utama di sini adalah pengambilan set kurus shaklee. Di dalam set ini sudah pastinya terkandung ke tiga-tiga element penting untuk penurunan berat badan iaitu Bakar, Buang & Bina. Kesemuanya uni heret ke mana sahaja umi pergi untuk berhari raya. 


2) Kawal Saiz Hidangan yang Ingin Diambil



Boleh ke makan ketupat lemang semasa raya ni?? Persoalan ni yang selalu diajukan oleh pendiet tegar. Janganlah terlalu straight dengan diri sendiri sehinggakan kesemua makanan tersebut dihalang untuk diambil pada hari raya. Sebaliknya kena tahu had yang sepatutnya sebelum terlambat. Janganlah makan sehingga terlalu kenyang sekadar rasa dan hilangkan rasa teringin sudah memadai. 


3) Sibukkan diri berbual dan bertanya khabar


Kawal emosi makan dan ambil peluang berhari raya untuk bertanya khabar dan berbual-bual dengan rakan yang datang ke rumah. Makan di hari raya tidaklah salah malah ia merupakan pelengkap bagi merayakan kemenangan sebulan berpuasa Ramadhan. Namun, jadikan silaturrahim sebagai asbab utama untuk berhari raya.


4) Penuhkan Pinggan Dengan Sayuran Terlebih Dahulu

Sayur-sayuran boleh membantu anda cepat kenyang dengan kandungan seratnya yang tinggi.
Cepat kenyang tentu akan membantu mencegah anda makan berlebihan.
Pilih jenis sayur yang tidak bersantan, tetapi jika tidak ada, anda boleh tetap mengambil sayur-sayuran bersantan tetapi kurangkan jumlah kuah santan yang anda ambil.
Santan secara semula jadi tidak mengandungi kolesterol, tetapi mengandungi lemak tepu yang tinggi.

5) Makan Rendang Daging dan Ayam Berpada-pada

Makanan yang biasa dihidangkan semasa hari raya berasaskan pelbagai jenis daging, baik daging lembu, kambing, dan daging ayam. Daging, terutamanya daging merah, biasanya mengandungi lemak tepu yang tinggi. Meksipun pengambilan daging tidak sepenuhnya dilarang, ada beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk mengawal lemak yang terdapat dalam masakan daging. Contohnya, jika anda makan ayam, anda boleh memilih bahagian dada berbanding paha atau sayap, kerana bahagian dada biasanya lebih sedikit kandungan lemaknya. Selain itu semasa memakan ayam, seboleh mungkin elakkan makan bahagian kulitnya kerana lemak yang dimilki ayam biasanya tersimpan di kulitnya.

6) Elakkan Minuman Manis

Minuman berwarna-warni tentu menarik untuk dilihat.Sirap dan soda merupakan jenis minuman yang biasa disajikan di hari raya. ditambah pulak inovasi minuman di zaman sekarang ini mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi. Contohnya satu sudu makan sirap mengandungi 53 kalori yang hampir seluruhnya berasal dari karbohidrat. Selain itu satu sudu makan sirap juga mengandungi 10 gram gula pasir. Soda pun tidak jauh bezanya kerana setiap bahagiannya mengandungi pemanis, lebih-lebih lagi soda diet yang biasanya menggunakan pemanis tiruan sebagai pengganti gula. Hadkan minuman tersebut untuk mencegah anda menambah kalori tanpa sedar. Mungkin juga minuman yang pelbagai itu boleh ditukar dengan bancuhan performance drink yang enak dan sedap 😀

7) Senaman Ringan Janganlah Diabaikan

Biasanya rata-rata perayaan aidilfitri ini akan disambut sepanjang Syawal. Semestinya juga undangan rumah terbuka akan berlanjutan hampir setiap hari dan setiap minggu dalam sebulan Syawal. Jadi curilah masa dalam  20 minit sehari untuk melakukan senaman ringan dan pergerakkan yang biasa agar pembakaran kalori dapat berlaku setiap hari. Umi akan cuba juga dalam sehari untuk melakukan senaman ringkas sebelum umi keluar rumah. Badan pun rasa bertenaga dan ringan.

Kesimpulannya, tidaklah menjadi satu kesalahan bagi meraikan hari raya dengan penuh keriangan dan namun terdapat beberapa kaedah dan juga tips utama untuk mengekalkan kemeriahan aidilfitri di sepanjang Syawal ini dengan mengambil maklum do's and dont's supaya kekal langsing. Nak lagi mudah jom joint shaklee bersama umi dan insyaAllah bersama-sama meraikan aidilfitri dengan rasa bersyukur dan bersederhana.


Untuk info lanjut bole click link di bawah ye umi sedia membantu😊 sehingga berjumpa lg❤️

http://www.wasap.my/+601110830519

Jangan lupa ikuti Medsos umi untuk info yang lebih banyak berkenaan vitamin 
dan lain-lain lagi👸
Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin

Instagram : @shakleecandy

sue, 10.15p.m.
TASEK GELUGOR , Penang

#nextlevelblogging 
#shakleethrive23
#shakleetriumph23
#blogmegashaklee
#vitaminc
#setrahmahshaklee
#shakleepenang
#shakleebertam
#shakleebukitmertajam
#shakleepulaupinang
#shakleetasekgelugor
#pengedarshakleeutara
#SetRamadhanShaklee 
#PuasaWithShaklee2023
#shakleeselangor
#shakleepahang
#shakleemelaka
#shakleejohor
#shakleenegerisembilan
#shakleeterengganu
#shakleekelantan

Comments

Post a Comment

😉Terima kasih untuk comment anda.. Sy akn reply secepat yg mungkin! Jika tidak boleh terus WhatsApp sy di http://www.wasap.my/+601110830519/hisayanakshaklee❤️

Popular posts from this blog

BERPUASA TAPI TIDAK BERSAHUR???

Tahukah kawan-kawan tarikh harini dah masuk 14 Syaaban, bermakna  beberapa hari sahaja lagi kita akan bertemu dengan bulan Ramadhan Al Mubarak. MasyaAllah cepatnya masa berlalu. Masih terasa lagi nikmat semangat bertarawih di masjid after PKP. Perasaan bercampur baur waktu tu. Ye lah 2 tahun kita hidup terasing di bumi sendiri dek kerana wabak penyakit merbahaya.   Alhamdulillah kini kita sudah dpt menghitung detik kembalinya Ramadhan untuk kita imarahkan bersama. ok sempena Ramadhan yang bakal tiba, umi sangat teruja untuk sharing dengan semua tentang BER SAHUR . Boleh ke kita berpuasa tapi tidak bersahur?  Nabi S.A.W bersabda:                                           فَصْلُ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ، أَكْلَةُ السَّحَرِ                               ...

Nafkah vs Duit Belanja Rumah

 Nafkah isteri vs duit belanja rumah. Sekadar perkongsian bersama Dua perkara yang berbeza ya. Suami & isteri kena faham. Suami wajib tahu tanggung jawab, isteri wajib tahu hak. Duit nafkah, yang tu untuk kegunaan isteri. Beli barang untuk diri dia saja. Ikutlah nak beli apa yang isteri suka, atau nak simpan. Itu hak isteri. Ramai juga isteri yang guna duit nafkah untuk beli barang anak-anak, barang dapur, itu tak mengapa sebab atas kerelaan isteri. Isteri yang pilih. Bukan dipaksa suami. Berapa banyak duit nafkah perlu suami bagi setiap bulan? Bergantung kepada kemampuan. Kalau mampu beli gadjet, jangan pula claim langsung takde duit untuk bagi nafkah isteri. Merokok sehari sekotak, tak malu ke nak kata tak mampu bagi nafkah kat isteri? Mampu bagi RM20 sahaja, bagilah. Mampu bagi banyak, bagi. Isteri ada duit sendiri. Sama ada bekerja atau buat bisnes. Duit isteri banyak, boleh beli itu ini. Duit isteri banyak, lagi banyak daripada gaji suami. Tetaplah wajib ke atas seorang su...

7 TIPS MUDAH UNTUK KURUS DENGAN CEPAT

  Alhamdulillah umi baru sahaja sampai rumah masa ni dan laju-laju buka lappy untuk sharing my task again. Tajuk harini tak lain tak bukan mesti ada kaitan dengan umi. Umi akan share dengan semua tentang beberapa tips menarik untuk kurus dengan cepat. Sentiasalah berfikir secara positif bila mana kita tengah berusaha untuk kurus. Tak semua proses kurus amik masa yang singkat dan mudah tapi tak semua yang nak kurus tu akan fail. percaya dan yakin adalah kunci utama bila kita dah bertekad untuk kurus. Harini dah masuk hari ke- 24 bulan Ramadhan. Mesti ramai yang mengeluh kan bila target nak kurus sebelum raya tidak tercapai. Umi yakin sedikit sebanyak mesti jarum penimbang akan bergerak jugak kan kalau sahabat-sahabat betul-betul follow guide line yang umi share sebelum ni. Melainkan jika korang tak habiskan pembacaan tentang sharing produk dan info kurus dan sihat sebelum ni. Jangan mengeluh ya kerana setiap usaha pasti akan berhasil juga. Macam yang pernah umi share sebelum ni, umi...