Skip to main content

TIPS JEMPUT-JEMPUT JAGUNG RANGUP DAN SEDAP

Hujung minggu adalah masa paling berkualiti yang umi ada untuk bersama dengan keluarga.. Bermula dari pagi sampaila masa nak pejam mata pun masih banyak tanggungjawab yang perlu dilunaskan. Biasa bagi seorang ibu bekerjaya bila merasakan 48 jam untuk sabtu dan ahad adalah tidak mencukupi untuk melengkapkan segala keperluan yang dinantikan oleh anak-anak dan suami. Camana dengan kawan-kawan semua??

ok untuk minggu ini suka umi kongsikan dengan sahabat-sahabat semua satu tips menarik untuk jemput-jemput jagung yang sedap dan rangup AKA cucoq jagung kegemaran anak-anak dan suami.  umi akan sediakan bila hujung minggu cuma tidaklah selalu. Kalau ada jagung dan udang pasti umi akan sediakan jugak. Sebab ni antara moment yang paling berharga buat umi dan keluarga bila mereka tertunggu-tunggu akan masakan umi.

Tips 1: Sediakan bahan-bahan yang secukupnya. Dan umi akan lebihkan bahan berbanding tepung.



Selalunya umi akan gunakan:

Jagung (4 batang)

Daun bawang (4-5 pokok)

Cili Merah (2 biji)

Udang (1/2 kg)

Tepung Gandum 4 senduk

Tepung Beras 1/2 senduk

Secubit garam

Sedikit air

Bancuhkan kesemua sekali sehingga sebati

Tips 2: Bancuh sejam lebih awal sebelum digoreng dan masukkan ke dalam peti sejuk terlebih dahulu.


Tips 3: Goreng dengan api yang sederhana dan pastikan minyak cukup panas baru masukkan bancuhan. Insyaallah anda akan mendapatkan cucuq jagung umi yang sangat sedap dan rangup 👍👌💗



Selamat Mencuba ye kawan2!!!

💕Nk dptkn smua produk Shaklee dgn hrga diskaun??

Klik link kt bwh ni k!👇🏻

Atau👇🏻


K, jmpa lg.. Tke cre & happy healthy life! 😘

Sue, 7 p.m




Comments

Popular posts from this blog

BERPUASA TAPI TIDAK BERSAHUR???

Tahukah kawan-kawan tarikh harini dah masuk 14 Syaaban, bermakna  beberapa hari sahaja lagi kita akan bertemu dengan bulan Ramadhan Al Mubarak. MasyaAllah cepatnya masa berlalu. Masih terasa lagi nikmat semangat bertarawih di masjid after PKP. Perasaan bercampur baur waktu tu. Ye lah 2 tahun kita hidup terasing di bumi sendiri dek kerana wabak penyakit merbahaya.   Alhamdulillah kini kita sudah dpt menghitung detik kembalinya Ramadhan untuk kita imarahkan bersama. ok sempena Ramadhan yang bakal tiba, umi sangat teruja untuk sharing dengan semua tentang BER SAHUR . Boleh ke kita berpuasa tapi tidak bersahur?  Nabi S.A.W bersabda:                                           فَصْلُ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ، أَكْلَةُ السَّحَرِ                               ...

Lagi petua untuk mudah hamil

assalamualaikum sahabat semua..selamat berpagi2... alhamdulillah semuanya berjalan lancar hari ni..untuk entry pagi ni mamafiyya terbaca satu artikel yang bg guide untuk mereka yang sudah lame menginginkan zuriat..mamafiyya terpanggil untuk kongsikan artikel ni bersama kerana ramai customer yang kol dan email bertanyakan petua serta cara untuk membantu mudah hamil....bukanlah kuasa mamafiyya mengatakan bahawa petua ni 100% boleh menjadi namun kita sebagai hambanya harus mencari rahsia yang tersirat di sebalik kehidupan di bumi yang fana ni..Janji Allah itu pasti disamping itu kita patut kenalpasti dahulu usaha serta ikhtiar kita untuk mencapai janjiNya yg juga pasti! Begini petuanya : Ambil segenggam kacang hijau. Rendam kacang hijau itu selama 2 hari (sampai tumbuh ekor anak tauge kira-kira panjang ekor itu menjadi 2 kali panjangnye kepala tauge). Air rendaman tu hendaklah sama aras dengan kacang hijau (bagi kacang tu tenggelam dalam air). Tutup bekas tu (kalau na...

VITAMIN UNTUK KULIT, HARGA MAMPU MILIK

Salam 17 Ramadhan sahabat-sahabat semua. Alhmdulillah umi baru selesai urusan majlis Nuzul Al Quran peringkat Negeri Pulau Pinang yg dihadiri oleh YDPA Tuanku n Tuanku Permaisuri... Alhamdulillah pejam celik Ramadhan kini mula perlahan-lahan melangkahkan kaki menjauh. Moga saki baki bulan rahmah dan maghfirah ini dapat dilipatgandakan amalan dan ganjaran buat kita. Jika bulan-bulan lain kita mampu untuk bangun malam untuk qiamullail, apatah lagi di bulan ini, qiyam Ramadhan sepenuhnya tanda kita adalah hamba yang patuh. Insyaallah kita boleh! Pray for Al Aqsa jugak ye shbt2.. Untuk entry kali ni umi nak kongsi dengan semua tentang vitamin yang boleh dikatakan ramai orang cari. Pastinya vitamin untuk kulit lah. Semua orang nak kulit gebu, cantik bebas jerawat dan paling penting kulit yang sihat. Tambahan pula bersempena dengan Syawal yang bakal tiba tak lama lagi pastinya ramai dah tercari-cari vitamin yang sesuai untuk kulit dan umumnya untuk kesihatan. Banyak je produk- produk yang be...