Skip to main content

Yumyum Resepi kegemaran mamafiyya

assalamualaikum semua...
hari ni mamafiyya nak bekongsi sedikit resepi ngan kengkawan semua...
nampak ringkat dan mmg ringkas tp mmg suka sgt ngan Terung goeng berlada ni....
kalo gi mana2 kedai yg ada masakan ni mmg mamafiyya x akan lepaskan peluang...
kalo nak lebih sedap, goreng bilis sampai rangup pastu tabur kat atas tu peeeh mmg best laaa
ni resepinya,, saja nak kongsi..sharing is loving kan??

TERUNG GORENG BERLADA
Bahan-bahan:

4 batang terung potong ikut suka
3 batang cili merah kisar
3 biji bawang merah dikisar
1 biji bawang putih dikisar
sedikit belacan dikisar
sedikit udang kering dikisar - guna ikan bilis pun boleh, ini kes nak abiskan stok udang kering.
sedikit asam jawa dicampur sewaktu mengisar
garam, gula dan perasa ikut suka

Cara-caranya:

1. Panaskan minyak dan goreng terung separa layu. Toskan minyaknya dan ketepikan.
2. Dengan lebihan minyak tadi (kalau banyak, sila kurangkan) tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau.
3. Masukkan garam, gula dan perasa ikut citarasa. Kacau sebati.
4. Masukkan terung yang telah digoreng tadi dan gaul dengan sambal secara merata. Sedia untuk dimakan dengan nasi panas...

SALAM SAYANG,
MAMAFIYYA....
mamafiyya juga adalah pengedar sah shaklee no id 854346 dan menerima pesanan serta membuat penghantaran ke seluruh s/msia termasuk sabah dan sarawak..
cod kawasan berhampiran k.batas,beram,sg.petani dan juga buterworth..
sekiranya berminat sila pm mamafiyya 0195632038

Comments

Popular posts from this blog

BERPUASA TAPI TIDAK BERSAHUR???

Tahukah kawan-kawan tarikh harini dah masuk 14 Syaaban, bermakna  beberapa hari sahaja lagi kita akan bertemu dengan bulan Ramadhan Al Mubarak. MasyaAllah cepatnya masa berlalu. Masih terasa lagi nikmat semangat bertarawih di masjid after PKP. Perasaan bercampur baur waktu tu. Ye lah 2 tahun kita hidup terasing di bumi sendiri dek kerana wabak penyakit merbahaya.   Alhamdulillah kini kita sudah dpt menghitung detik kembalinya Ramadhan untuk kita imarahkan bersama. ok sempena Ramadhan yang bakal tiba, umi sangat teruja untuk sharing dengan semua tentang BER SAHUR . Boleh ke kita berpuasa tapi tidak bersahur?  Nabi S.A.W bersabda:                                           فَصْلُ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ، أَكْلَةُ السَّحَرِ                               ...

Nafkah vs Duit Belanja Rumah

 Nafkah isteri vs duit belanja rumah. Sekadar perkongsian bersama Dua perkara yang berbeza ya. Suami & isteri kena faham. Suami wajib tahu tanggung jawab, isteri wajib tahu hak. Duit nafkah, yang tu untuk kegunaan isteri. Beli barang untuk diri dia saja. Ikutlah nak beli apa yang isteri suka, atau nak simpan. Itu hak isteri. Ramai juga isteri yang guna duit nafkah untuk beli barang anak-anak, barang dapur, itu tak mengapa sebab atas kerelaan isteri. Isteri yang pilih. Bukan dipaksa suami. Berapa banyak duit nafkah perlu suami bagi setiap bulan? Bergantung kepada kemampuan. Kalau mampu beli gadjet, jangan pula claim langsung takde duit untuk bagi nafkah isteri. Merokok sehari sekotak, tak malu ke nak kata tak mampu bagi nafkah kat isteri? Mampu bagi RM20 sahaja, bagilah. Mampu bagi banyak, bagi. Isteri ada duit sendiri. Sama ada bekerja atau buat bisnes. Duit isteri banyak, boleh beli itu ini. Duit isteri banyak, lagi banyak daripada gaji suami. Tetaplah wajib ke atas seorang su...

7 TIPS MUDAH UNTUK KURUS DENGAN CEPAT

  Alhamdulillah umi baru sahaja sampai rumah masa ni dan laju-laju buka lappy untuk sharing my task again. Tajuk harini tak lain tak bukan mesti ada kaitan dengan umi. Umi akan share dengan semua tentang beberapa tips menarik untuk kurus dengan cepat. Sentiasalah berfikir secara positif bila mana kita tengah berusaha untuk kurus. Tak semua proses kurus amik masa yang singkat dan mudah tapi tak semua yang nak kurus tu akan fail. percaya dan yakin adalah kunci utama bila kita dah bertekad untuk kurus. Harini dah masuk hari ke- 24 bulan Ramadhan. Mesti ramai yang mengeluh kan bila target nak kurus sebelum raya tidak tercapai. Umi yakin sedikit sebanyak mesti jarum penimbang akan bergerak jugak kan kalau sahabat-sahabat betul-betul follow guide line yang umi share sebelum ni. Melainkan jika korang tak habiskan pembacaan tentang sharing produk dan info kurus dan sihat sebelum ni. Jangan mengeluh ya kerana setiap usaha pasti akan berhasil juga. Macam yang pernah umi share sebelum ni, umi...