Skip to main content

BERPUASA TAPI TIDAK BERSAHUR???

Tahukah kawan-kawan tarikh harini dah masuk 14 Syaaban, bermakna  beberapa hari sahaja lagi kita akan bertemu dengan bulan Ramadhan Al Mubarak. MasyaAllah cepatnya masa berlalu. Masih terasa lagi nikmat semangat bertarawih di masjid after PKP. Perasaan bercampur baur waktu tu. Ye lah 2 tahun kita hidup terasing di bumi sendiri dek kerana wabak penyakit merbahaya.  

Alhamdulillah kini kita sudah dpt menghitung detik kembalinya Ramadhan untuk kita imarahkan bersama. ok sempena Ramadhan yang bakal tiba, umi sangat teruja untuk sharing dengan semua tentang BERSAHUR. Boleh ke kita berpuasa tapi tidak bersahur? 

Nabi S.A.W bersabda: 

                                         فَصْلُ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ، أَكْلَةُ السَّحَرِ       

                          "Perbezaan puasa di antara kita dan Ahli Kitab adalah bersahur"

sahur

Jadi jom kita kongsikan kenapa dianjurkan untuk kita bersahur sebelum kita berpuasa.

Kepentingan Bersahur

1. Membekalkan Tenaga

Fungsinya sama seperti kita bersarapan pagi. Untuk menahan diri daripada rasa cepat lapar jadi kita kenalah makan terlebih dahulu sebelum waktu fajar (imsak). Ini kerana masa yang kita ambil untuk berpuasa lebih kurang 12 jam ke 13 jam jadi pengambilan makanan atau minuman yang diambil waktu pagi (imsak) insyaAllah boleh dijadikan alas perut utk bekalkan tenaga sepanjang hari.

2. Mengelakkan dehidrasi.

Puasa akan mengambil masa yang agak lama sehingga lebih 12 jam menahan diri dari makan dan minum. Dalam tempoh sebegini dehidrasi pasti akan berlaku kerana proses menghasilkan tenaga akan datang dari apa yang kita makan. Jika tidak air akan dikeluarkan dari badan kerana tiada pemprosesan makanan berlaku dan akan menyebabkan badan akan jadi letih.

3. Membantu kanak-kanak dlm memberi fokus yang baik  di sekolah.

Lebih-lebih lagi untuk kanak-kanak yang sudah mampu untuk belajar berpuasa. Selain melatih mereka supaya bangun untuk sahur, kita juga harus memikirkan bagaimana mereka akan bertahan sepanjang berpuasa sekiranya tidak mengambil makanan pada waktu imsak. Kesannya akan lebih ketara apabila badan menjadi lemau dan fokus untuk belajar semakin berkurang berbanding sekiranya mereka dibekalkan dengan tenaga yang mencukupi.

sahur

4. Sunnah Nabi S.A.W

Selain daripada menjaga kesihatan, kita juga dianjurkan supaya bersahur kerana mengikut sunnah nabi Muhammad S.A.W junjungan besar kita. 

Jadi tanamlah azam supaya kita dapat sama-sama menggalakkan anak-anak dan keluarga kita untuk sama-sama bangun sahur kerana Nabi juga berpesan: 

تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السُّحُورِ بَرَكَةً

  "Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya di dalam sahur itu ada keberkatan"

Wallahu a'lam


Jangan lupa ikuti Medsos umi untuk info yang lebih banyak berkenaan puasa 
dan lain-lain lagi👸

Instagram : @shakleecandy

Sebarang persoalan boleh click button hijau kat sebelah tu ye..insyaallah umi akan segera reply setiap ws kawan-kawan.
Salam Nisfu Syaaban!

sue, 11.07a.m.

#shakleethrive23
#shakleetriumph23
#blogmegashaklee
#shakleepenang
#shakleebertam
#shakleebukitmertajam
#shakleepulaupinang
#shakleetasekgelugor
#pengedarshakleeutara


Comments

  1. Betul sangat penting kita usahakan bangun bersahur dalam sahur ada keberkatan inshaallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keberkatan yg mudah didapati Tp ramai je yg malas mencari kan..

      Delete
  2. Info yang bagus ni utk yang mau sahur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq sis dettis.. Best kan kalau dpt sahur sama2😍

      Delete
  3. Dalam sahur ada keberkatan walu minum segelas air

    ReplyDelete
  4. Setuju sangat.. memang penting sahur ni bagi orang2 yg berpuasa.. 💪🏻💪🏻🤩🤩

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Cukupkan nutrien utk kekal sihat n btenaga fokus utk Ibadat

      Delete
  5. Anak Kita pun Umur 6 tahun suruh bangun sahur

    ReplyDelete

Post a Comment

😉Terima kasih untuk comment anda.. Sy akn reply secepat yg mungkin! Jika tidak boleh terus WhatsApp sy di http://www.wasap.my/+601110830519/hisayanakshaklee❤️

Popular posts from this blog

Lagi petua untuk mudah hamil

assalamualaikum sahabat semua..selamat berpagi2... alhamdulillah semuanya berjalan lancar hari ni..untuk entry pagi ni mamafiyya terbaca satu artikel yang bg guide untuk mereka yang sudah lame menginginkan zuriat..mamafiyya terpanggil untuk kongsikan artikel ni bersama kerana ramai customer yang kol dan email bertanyakan petua serta cara untuk membantu mudah hamil....bukanlah kuasa mamafiyya mengatakan bahawa petua ni 100% boleh menjadi namun kita sebagai hambanya harus mencari rahsia yang tersirat di sebalik kehidupan di bumi yang fana ni..Janji Allah itu pasti disamping itu kita patut kenalpasti dahulu usaha serta ikhtiar kita untuk mencapai janjiNya yg juga pasti! Begini petuanya : Ambil segenggam kacang hijau. Rendam kacang hijau itu selama 2 hari (sampai tumbuh ekor anak tauge kira-kira panjang ekor itu menjadi 2 kali panjangnye kepala tauge). Air rendaman tu hendaklah sama aras dengan kacang hijau (bagi kacang tu tenggelam dalam air). Tutup bekas tu (kalau na...

VITAMIN UNTUK KULIT, HARGA MAMPU MILIK

Salam 17 Ramadhan sahabat-sahabat semua. Alhmdulillah umi baru selesai urusan majlis Nuzul Al Quran peringkat Negeri Pulau Pinang yg dihadiri oleh YDPA Tuanku n Tuanku Permaisuri... Alhamdulillah pejam celik Ramadhan kini mula perlahan-lahan melangkahkan kaki menjauh. Moga saki baki bulan rahmah dan maghfirah ini dapat dilipatgandakan amalan dan ganjaran buat kita. Jika bulan-bulan lain kita mampu untuk bangun malam untuk qiamullail, apatah lagi di bulan ini, qiyam Ramadhan sepenuhnya tanda kita adalah hamba yang patuh. Insyaallah kita boleh! Pray for Al Aqsa jugak ye shbt2.. Untuk entry kali ni umi nak kongsi dengan semua tentang vitamin yang boleh dikatakan ramai orang cari. Pastinya vitamin untuk kulit lah. Semua orang nak kulit gebu, cantik bebas jerawat dan paling penting kulit yang sihat. Tambahan pula bersempena dengan Syawal yang bakal tiba tak lama lagi pastinya ramai dah tercari-cari vitamin yang sesuai untuk kulit dan umumnya untuk kesihatan. Banyak je produk- produk yang be...